Top Tamadun Quotes

Browse top 12 famous quotes and sayings about Tamadun by most favorite authors.

Favorite Tamadun Quotes

1. "Manusia dibebani harapan, cita-cita dan tanggungjawab dalam kehidupan. Sejak jejaka hingga tua, mereka berperanan mencipta, mengatur dan membina benda, yang dinamakan peradaban lahiriah. Mereka diasuh dan mengasuh, dalam proses pertumbuhan tamadun fikir. Tetapi mereka itu juga - semua lahir dari ibu - sudah, sedang dan masih akan jadi pemusnah benda dan berbunuhan sesama manusia, membunuh fauna dan menghancurkan flora."
Author: Arena Wati
2. "Umpama cetusan api yang digesek oleh Turgot, Candorcet dan Saint-Simon, konsep Tamadun Sekular telah dinyalakan oleh A Comte dan seterusnya membakar seluruh negara-negara yang memimpin Eropah seperti Perancis, Jerman dan Itali. Bahangnya kemudian melangkaui Lautan Atlantik dan bersemarak di negara-negara Anglo-Amerika - Britain dan Amerika Syarikat."
Author: Mohd Sani Badron
3. "Nabi Muhammad SAW dipersetujui sebulat suara oleh semua umat Islam sebagai al-nabi al-ummi, nabi yang buta huruf. Namun demikian, sunnahnya lengkap dengan aphorisme dan tindakan-tindakan yang menguatkan konsep ilmu dalam al-Quran dan menjadi pencetus dan kuasa pendorong bagi pembangunan intelektual dan tamadun masa depan dalam Islam."
Author: Wan Mohd Nor Wan Daud
4. "Bangsa yang kuat tetapi tidak ditunjangi oleh budaya ilmu yang baik, akan memeluk dan menganut nilai dan ciri tamadun lain yang ditaklukinya itu. Hal ini boleh disimpulkan sebagai satu prinsip umum sejarah."
Author: Wan Mohd Nor Wan Daud
5. "Jelas bahawa perlindungan hak-hak asasi manusia dan harta intelektual dan penjagaan alam sekitar di peringkat sebilangan peribadi yang terlibat, mungkin terpancar dari niat yang sebenar-benarnya mencintai dan menghormati nilai-nilai insani, keunggulan intelektual dan penjagaan alam sekitar. Namun di peringkat tamadun Barat, khasnya dalam institusi berpengaruh di sana, isu-isu hak-hak asasi manusia, harta intelektual dan penjagaan alam tabii merupakan alat-alat penguasaan ekonomi dan sosiopolitik tamadun Barat ke atas tamadun-tamadun lain."
Author: Wan Mohd Nor Wan Daud
6. "Keunggulan institusi keilmuan dalam sejarah Islam, seperti juga dalam sejarah agama besar dan tamadun lain, bergantung kepada keunggulan ilmuwan di dalamnya berdasarkan nilai atau mutu sebenar ajarannya dan keutuhan peribadinya, bukan sekadar jumlah karyanya."
Author: Wan Mohd Nor Wan Daud
7. "Ketiadaan budaya ilmu bersepadu dalam tamadun hari ini telah mengakibatkan peluasan bencana kehilangan adab. Kebiadaban ini telah melahirkan banyak kerosakan dalam pemikiran dan akhlak manusia serta alam tabii. Dalam pemikiran dan akhlak, kejahilan atau kebebalan dan kemalasan intelektual dikaitkan (sebagai alasan) dengan pengkhususan; kedayusan moral disebut sebagai toleransi dan kesederhanaan; pembaziran dimaknakan dengan rekreasi atau mempertahankan kedudukan; korupsi akhlak dan ekonomi atau kedua-duanya sekali dimaafkan sebagai lumrah kehidupan moden; dan penjahanaman alam sekitar disebut sebagai harga tabii kemajuan."
Author: Wan Mohd Nor Wan Daud
8. "Ketika golongan kaya dan profesional Muslim asyik menangisi keadaan umat Islam yang mundur dan Barat yang semakin kuat, lalu menghimpun pahala dan berbangga dengan kerap menunai haji dan umrah, golongan kaya di Barat menggunakan kekayaan mereka melalui pelbagai yayasan untuk terus menerus mengukuhkan penguasan ilmu pengetahuan tentang kebudayaan dan tamadun lain, terutama Islam."
Author: Wan Mohd Nor Wan Daud
9. "Walaupun teknologi percetakan masih belum dicipta (kecuali kertas dan qalam) dan pergerakan manusia masih berdasarkan haiwan dan kapal sahaja, penyebaran pelbagai bidang ilmu pengetahuan meluas sehingga terbangunlah tamadun-tamadun agung di Timur Tengah (termasuk Turki dan Iran), Andalusia, India dan alam Melayu."
Author: Wan Mohd Nor Wan Daud
10. "Keadaan universiti-universiti di negara-negara Islam yang mengajar agama dan tamadun Islam telah menjadi amat lemah kerana ketiadaan koleksi perpustakaan yang lengkap, program akademik kukuh, penyeliaan serius dan bersifat terlalu berpihak kepada politik. Segelintir institusi pengajian tinggi yang baik, dirosakkan oleh perasaan hasad, dengki dan fikiran sempit."
Author: Wan Mohd Nor Wan Daud
11. "Kesamaran yang jelas terdapat berkaitan perhubungan yaqin dan zann pada tahap ilmu manusia, walaupun jika ia berdasarkan sumber Ilahi, sepatutnya dilayani dan dihargai sebagai satu keresahan positif. Di sebelah pihak iaitu, pihak yang berkeyakinan, menekankan kemungkinan keputusan-keputusan yang dibuat oleh manusia dan mengelakkan keraguan yang tekal dan buruk padahnya amatlah penting. Pada pihak yang lain pula, aspek keraguan akan keresahan itu mesti sentiasa diingati demi mencegah kefanatikan dan kesombongan yang melampau sama ada berbentuk teologis, saintifik atau sejarah, yang telah mengakibatkan banyak penderitaan manusia, di samping menggalakkan penyelidikan lanjut dalam semangat ijtihad dan shura. Sikap ini akan menggalakkan kerjasama dan akan memajukan perkembangan sains, kemanusiaan dan tamadun bukan sahaja di kalangan orang Islam, tetapi seluruh kemanusiaan."
Author: Wan Mohd Nor Wan Daud
12. "Satu kekuatan kursus tamadun Islam di IPT Barat - jika kita ketepikan sikap prejudis dan perkiraan strategiknya - ialah kesungguhan ilmiahnya.... Setiap pelajar diwajibkan membaca keseluruhan terjemahan al-Qur'an, berpuluh-puluh hadits pilihan daripada pelbagai kitab-kitab hadits, terjemahan sirah Ibn Ishaq, serta terjemahan karya-karya agung Islam yang lain. Setiap pelajar diwajibkan membaca hampir 50 mukasurat setiap hari dan diwajibkan menulis kertas kerja serta ujian yang meletihkan. Kita juga diberikan peta dunia lama yang kosong di mana pelajar diwajibkan menanda nama bandar, sungai, laut, teluk, gunung, dan daerah, negara yang kini sudah tiada lagi atau sudah berubah nama!!! Ini perlu kerana apabila pelajar membaca karya-karya terdahulu, mereka boleh memastikan tempat dan kawasan yang dimaksudkan itu dengan tepat dan lebih bermakna."
Author: Wan Mohd Nor Wan Daud

Tamadun Quotes Pictures

Quotes About Tamadun
Quotes About Tamadun
Quotes About Tamadun

Today's Quote

The seconds tick. They always do. The power of an entire sun cannot stop them even for a moment, and so death comes between the moments, like a thief of light in the dark."
Author: Christopher Pike

Famous Authors

Popular Topics